Wednesday, January 13, 2016

MESYUARAT TERGEMPAR PIHAK PENTADBIR DENGAN GURU 5A

Tarikh : 13 Januari 2016
Masa : 1.30 petang - 2.30 petang
Tempat : Bilik Guru Besar

Satu mesyuarat khas telah di adakan bagi membincangkan keperluan seorang pelajar yang mempunyai masalah kesihatan. Antara isi kandungan mesyuarat adalah untuk menyediakan tempat yang selesa, jadual waktu dan guru yang bertugas. Mesyuarat ini di hadiri oleh Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah, PK Pentadbiran Encik Mohd Fitri bin Ngah, guru kelas 5 Amanah, Puan Sabariah binti Salim, guru-guru yang mengajar tahun 5 Amanah, Penyelaras makmal Komputer, Puan Hikamh binti Mohd Nor dan EiO Puan Nor Suhanafarizal binti Abdul Hadi. Semoga dengan pencapaian sepakat daripada pihak sekolah ini akan dapat membantu adik Nor Syafikah Binti Nasir belajar dengan gembira dan bersedia untuk menghadapi UPSR 2017 nanti.



Antara guru-guru yang mengajar kelas 5 Amanah.




Sedikit penerangan daripada PK Pentadbiran Encik Mohd Fitri Bin Ngah





Adik Norsyafikah bersama bapanya , Encik Nasir bersama PK Pentadbiran Encik Mohd Fitri bin Ngah


Kegembiraan jelas terpancar di wajah adik Norsyafikah yang gembira dapat hadir ke sekolah.



No comments: