Sunday, January 10, 2016

GOTONG ROYONG KELAS 6 TAKWA & 6 AMANAH

Tarikh : 09 Januari 2016
Tempat : Kelas Tahun 6 Takwa & 6 Amanah

Satu gotong-royong membersihkan kelas tahun 6 telah di adakan pada hari Sabtu baru-baru ini. Gotong-royong ini telah di hadiri oleh guru kelas 6 Takwa, Puan Marhamah binti Muhammad Nor dan guru kelas 6 Amanah, Puan Salma Sa'adah binti Mansor serta murid-murid tahun 6. Mereka juga telah dikejutkan dengan kehadiran Puan Guru Besar , Puan Norhazlen binti Abdullah yang hadir untuk bersama-sama menjayakan program gotong-royong ini. Ini telah membuatkan para pelajar makin bersemangat untuk membersihkan kelas-kelas mereka. Ini adalah sebagai satu cara untuk meningkatkan semangat mereka untuk belajar tambahan pula akan menghadapi UPSR nanti.


Puan Guru Besar bersama-sama turun padang bagi menjayakan aktiviti gotong-royong ini.





No comments: