ALUAN GURU BESAR


SEKAPUR SIREH



Assalamualaikum w.t dan Salam Sejahtera.....

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya, kita dapat lagi meneruskan perjuangan yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik dan pembentuk bangsa. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan dan Pentadbir SK Losong 2017 yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan buku ini. Buku pengurusan ini penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan.

Insya-Allah, kita yang berkhidmat sebagai warga pendidik perlu berpegang kepada prinsip kerja berpasukan (teamwork) dan berkolaboratif antara satu sama lain sama ada di peringkat panitia, sekolah, daerah mahupun diperingkat kebangsaan.Moto SKL 3C “ Cakna, Ceria, Cemerlang” yang kita persetujui perlu direalisasikan. Oleh itu kita perlu bergerak serentak dan senada untuk mencapai matlamat tersebut. Tidak ada kepuasan yang terulung selain melihat anak-anak didikan kita berjaya dalam semua aspek.

Sukacita ingin saya katakan disini dengan pemilihan SK Losong sebagai salah sebuah sekolah dalam Program Sekolah Transformasi yang mengamalkan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti di daerah ini mampu meningkatkan lagi pengurusan dan pencapaian kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Oleh itu, marilah kita bekerja dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan kerana segala keikhlasan dan pengorbanan kita dilihat dan dinilai oleh-Nya.

Sesungguhnya, guru-guru dan kakitangan SK Losong, berupaya dan boleh membuktikan bahawa kita mampu membangun dan melahirkan modal insan yang diingini oleh bangsa dan negara. Marilah sama-sama kita berazam dan mengaplikasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan wawasan negara sepenuhnya.

Sekian, terima kasih.
NORHAZLEN BINTI ABDULLAH
GURU BESAR
SK LOSONG


No comments: