MASA : 1.45 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
SEMUA GURU TERLIBAT
Monday, September 26, 2016
Sunday, September 25, 2016
KEM BINA INSAN MURID 2016 SEKOLAH RENDAH 1 MALAYSIA
TEMPAT: PUSAT KOKURIKULUM NEGERI KELANTAN, DAERAH BACHOK
MASA: 19 SEPTEMBER 2016 HINGGA 22 SEPTEMBER 2016
PESERTA: 1) LONG MUHAMMAD HARIS BIN LONG HASSAN
2) NOR SABRINA AYUNI BINTI MOKHTAR
TUJUAN KEM INI DIADAKAN ADALAH:
- Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, bertanggungjawab, hormat-menghormati, bersikap tolong-menolong dan berdisiplin.
- Meningkatkan disiplin pelajar sebagai asas mencapai kecemerlangan bidang kurikulum dan kokurikulum.
- Sentiasa berbangga, memelihara dan mengutamakan imej sekolah.
- Membentuk pelajar yang menghargai persekitaran, harta benda dan kebersihan sekolah.
- Melahirkan pelajar yang berprihatin terhadap keharmonian antara pelbagai kaum, budaya dan agama dan menyanjung budaya pelbagai bangsa.
- Melahirkan murid yang beketrampilan, berkeyakinan dan mempunyai semangat jaya diri yang tinggi.
Tuesday, September 20, 2016
MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA DAN KEMERDEKAAN 2016
MASA: 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT: DEWAN SEKOLAH
ATUR CARA MAJLIS:
11.30 PAGI: AKTIVITI KRAFTANGAN (PRASEKOLAH, TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3)
AKTIVITI MEWARNA (TAHUN 4 DAN TAHUN 5)
AKTIVITI REKACIPTA (TAHUN 6)
12.30 TENGAHARI: MURID BERKUMPUL DI DEWAN
UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
UCAPAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
NYANYIAN LAGU LAGU PATRIOTIK
1.00 PETANG: BERSURAI
UJIAN SEGAK (STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN) 2016
DKENDALIKAN OLEH CIKGU RUZLAN DAN CIKGU SITI NOR BAYA
TAHUN: 5 DAN 6
SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"
Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.
Konstruk yang diukur:
- Perkembangan fizikal murid
- Kecergasan
- Senaman
Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK:
- Ujian SEGAK ditadbir oleh guru Pendidikan Jasmani dua kali setahun.
- Ujian ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah.
- Ujian SEGAK dilaksanakan sejurus selepas BMI dijalankan.
- Keempat-empat aktiviti SEGAK hendaklah dilaksanakan pada hari yang sama.
- Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani menggunakan borang Rekod SEGAK seperti dilampiran A mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
- Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam Sistem Pengurusan Sekolah mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
- Pelaporan ujian SEGAK dicetak oleh Guru Pendidikan Jasmani dari aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah.
Keselamatan mengendali Ujian SEGAK:
1.Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a)disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasanfizikal;
(b)mengidap penyakit kronik; dan
(c)tidak sihat pada waktu ujian.
2.Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3.Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4.Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5.Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6.Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.
Komponen Kecergasan
Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu;
- Komposisi badan
- Daya tahan kardiovaskular
- Daya tahan otot
- Kekuatan otot
- Kelenturan
Item Bateri Ujian
- Indeks jisim badan
- Naik turun bangku
- Tekan tubi
- Ringkuk tubi separa
- Jangkauan Melunjur
Ujian Indeks Jisim Badan
Nama Ujian:
Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)
Tujuan:
Menilai komposisi badan
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
- Pengukur tinggi
- Penimbang berat
- Borang skor
Pengurusan dan organisasi:
Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.
Prosedur:
- Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.
- Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:
Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
|
- Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.
* (Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)
Ujian Naik Turun Bangku
Nama Ujian:
Naik Turun Bangku 3 minit
Tujuan:
Menilai Daya Tahan Kardiovaskular
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
- Bangku - Ketinggian 30.5 cm
- Jam Randik
- Borang Skor
- Rakaman atau Metronome
Pengurusan dan organisasi:
- Aktiviti dijalankan berpasangan.
- Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.)
- Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.
Prosedur:
- Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
- Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di atas bangku.
- Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
- Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya ).
- Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
- Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
- Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan.
- Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
Ujian Tekan Tubi (Lelaki)
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki
Alatan dan kemudahan:
- Kawasan lapang dan rata.
- Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )
- Rakaman/ Metronome
Pengurusan dan organisasi:
- Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
- Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
- Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit.
Prosedur:
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
- Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit.
- Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
- Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
- Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
- Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
- Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
- Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.
Ujian Tekan Tubi (Perempuan)
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Perempuan
Alatan dan kemudahan:
- Kawasan lapang dan rata.
- Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )
- Rakaman/Metronome
Pengurusan dan organisasi:
- Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
- Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
- Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit
Prosedur:
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.
- Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit.
- Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
- Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
- Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
- Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
- Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
- Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.
Ujian Ringkuk Tubi Separa
Nama Ujian:
Rengkuk ( partial curl-up) 1 minit
Tujuan :
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Tahap :
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina :
Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan :
1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm
2. Pita ukur
3. Rakaman / CD/ Metronome
4. Jam randik
Pengurusan dan organisasi:
1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.
2. Sediakan pita rakaman atau metronome rentak 50 detik seminit.
Prosedur :
1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.
2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama.
5. Murid A mesti melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman / metronome dengan kadar 40 kali rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur empat) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
8. Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari dengan lantai tanpa memberi bantuan kepada murid A.
9. Murid B mengira ulangan perlakuan.
10. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
10.1 Berasa tidak selesa.
10.2 Tidak dapat mengikut rentak rakaman cd atau metronome.
10.3 Tidak dapat mengekalkan teknik rengkuk dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh guru.
10.4 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.
10.5 Tumit diangkat
Panduan guru
Lakuan rengkuk yang tidak sempurna:
1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.
2. Tumit diangkat.
3. Badan/ bahu senget.
4. Punggung terangkat.
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).
Arahan /Teguran untuk perlakuan rengkuk yang tidak betul
1. Rapatkan belakang ke lantai.
2. Bahu sentuh lantai.
3. Rapatkan tumit ke lantai.
4. Seimbangkan bahu/badan.
5. Buka kaki.
6. Bengkokkan lutut.
Ujian Jangkauan Melunjur
Nama Ujian:
Jangkauan Melunjur (Seat and reach test)
Tujuan:
Mengukur fleksibiliti
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Alat pengukur jangkauan (sila lihat gambar rajah)
2. Borang skor.
Pengurusan dan organisasi:
1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Prosedur:
- Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter.
- Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
- Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap.
- Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
- Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menghalang perlakuan.
JAMBORI PENGAKAP PERINGKAT ASEAN 2016 YANG KE 5
15th – 20th September 2016 (Khamis – Selasa)
Ketibaan:
Peserta dinasihatkan untuk tiba pada 15 September 2016 (Khamis) dan boleh bertolak balik pada 20 September 2016 (Selasa).
Pastikan Borang Penyertaan dihantar melalui Negeri Masing-Masing sebelum 01 Jun 2016.
Peserta dinasihatkan untuk tiba pada 15 September 2016 (Khamis) dan boleh bertolak balik pada 20 September 2016 (Selasa).
Pastikan Borang Penyertaan dihantar melalui Negeri Masing-Masing sebelum 01 Jun 2016.
Tempat:
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail (Coordinat: 5⁰23’3”N / 103⁰6’46”E)
Telaga Batin, Kuala Nerus. 21300, Terengganu, Malaysia.
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail (Coordinat: 5⁰23’3”N / 103⁰6’46”E)
Telaga Batin, Kuala Nerus. 21300, Terengganu, Malaysia.
PESERTA SEKOLAH KITA YANG MEWAKILI JAMBORI PENGAKAP INI IALAH:
1. MUHAMMAD ALIF IRFAN
2. MUHAMMAD BULLIA
3. MUHAMMAD NAJMI HAKIM
4. MUHAMMAD NAZREEN HAIKAL
Antara tujuan utama penubuhan Asean ialah untuk membentuk hubungan yang erat antara negara-negara Asean terutamanya dalam bidang social budaya. Ianya boleh direalisasikan dalam kepengakapan yang memang telah terjalin persahabatan dan persaudaraannya yang tidak mengenal batas sempadan.
Kekayaan seni dan budaya pengakap merupakan warisan yang amat berharga, ianya juga mewakili berbagai bangsa dan negara. sehingga boleh berlaku pertukaran seni dan budaya antara ahli-ahli pengakap. Ini bukan sahaja penting untuk ahli pengakap malah mampu memartabatkan seni dan budaya Malaysia dan seterusnya merangsang sektor pelancongan negara. Perlu juga difahami bahawa mengenal seni dan budaya bererti kita mengenal sesuatu bangsa.
Kita berharap aktiviti ini mampu menonjol kemampuan dan peranan pengakap di peringkat global dan boleh memberi kenangan indah dan menyeronokkan dan seterusnya mencapai matlamat visi dan misi Persekutuan Pengakap Malaysia.
Objektif:
Objektif penganjuran Jambori Pengakap ASEAN:
- Mempromosikan kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan.
- Mewujudkan masyarakat yang cintakan kepada kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan.
- Mendidik generasi muda agar memelihara kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan yang mana telah mencorakkan sesuatu negara.
Tema:
“Cultural and Heritage Diversity”
Kepelbagaian Budaya dan Warisan.
“Cultural and Heritage Diversity”
Kepelbagaian Budaya dan Warisan.
Aktiviti:
- Aktiviti Kebudayaan
- Permainan Tradisional
- Persembahan Tradisional
- Pakaian Tradisional
- Demonstrasi Makanan Tradisional
- Kraf tangan
- Youth Forum
Sunday, September 18, 2016
TAKLIMAT LINUS SARINGAN 2 216
SATU TAKLIMAT LINUS SARINGAN 2 TELAH DIADAKAN UNTUK MURID TAHAP 1.
TALIMAT TERSEBUT BERTUJUAN SUPAYA MURID MURID BERSEDIA MENGHADAPI SARINGAN 2 LINUS DAN SUPAYA MURID MURID MEMBERITAHU KEPADA IBU BAPA ATAU PENJAGA MEREKA SUPAYA BERSIAP SEDIA UNTUK ANAK ANAK MEREKA.
Sunday, September 04, 2016
UPSR 2016
KAMI WARGA SK LOSONG MENDOAKAN KEJAYAAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK DIDIK TAHUN 6 TAKWA DAN 6 AMANAH MENDAPAT 6A DI DALAM UPSR YANG AKAN BERMULA PADA ESOK (05 SEPTEMBER 2016)
Subscribe to:
Posts (Atom)