Thursday, May 05, 2016

KOLABORATIF KEM HALUS UPSR 2016

Tarikh : 05 Mei 2016
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Bilik Tayangan SK Losong dan Bilik Maya SK Losong
Sasaran : Murid Harapan Lulus UPSR 2016 SK Losong dan SK Serada
Subjek : Bahasa Melayu dan Sains


Satu lagi kem kolaboratif HALUS UPSR bersama SK Serada telah di adakan di SK Losong pada hari Khamis , 05 MEI 2016. Kem ini di adakan bagi memastikan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid untuk menjawab soalan UPSR 2016. Ini adalah kerana format UPSR 2016 adalah sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

Selain itu juga, dengan adanya kem kolaboratif ini, pihak sekolah dapat berbincang serta bertukar-tukar pandangan dan idea dalam meningkatkan lagi prestasi calon-calon UPSR 2016  bagi sekolah masing-masing. Alhamdulillah, semua peserta khusunya murid-murid SK Losong dan SK Serada memberikan kerjasama yang baik sepanjang kem tersebut berjalan.

TAHNIAH buat pihak pengurusan dan pentadbir SK Losong dan SK Serada serta guru-guru TAHUN 6 SK Losong dan SK Serada di atas kejayaan Kem HALUS Kolaboratif ini. 




SESSI 1 : BAHASA MELAYU










SESSI 2 : SAINS






MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI




PK Pentadbiran SK Losong meluangkan masa memantau perjalanan kem HALUS ini.


Puan pengerusi majlis penutup, Puan Marhamah binti Muhammad Nor sedang memberikan ucapan kata-kata aluan.


Barisan wakil SK Losong dan SK Serada







Ucapan semangat dan nasihat dari Puan Guru Besar SLK Losong, Puan Norhazlen Binti Abdullah kepada semua peserta kem HALUS.


Ucapan daripada wakil SK Serada, penyelaras UPSR SK Serada


Hadiah kepada peserta kem HALUS yang berjaya menunjukkan pencapaian yang cemerlang ketika menjawab soalan-soalan yang diberikan







Cenderahati dari SK Losong buat wakil SK Serada yang disampaikan oleh PK Pentadbiran, encik Mohd Fitri Bin Ngah



Bergambar kenang-kenangan bersama (SK LOSONG DAN SK SERADA)


Beratur dengan berdisiplin ketika mengambil makanan








Masih berbincang tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi calon UPSR 2016


No comments: