Sunday, February 21, 2016

"MORNING TALK"

Tarikh : 21 Februari 2016
Masa : 7.45 pagi - 8.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari SK Losong
Sasaran : Semua guru-guru SK Losong

Satu penerangan ringkas tentang aktiviti minggu ini dan juga perkara-perkara yang berbangkit telah diberikan oleh Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah kepada semua guru-guru SK Losong. Selain itu juga , Puan Guru Besar telah menyampaikan surat penghargaan daripada pihak PPD kepada semua guru-guru dan juga surat penghargaan kepada guru yang menerima APC untuk tahun 2015 iaitu Ustazah Zuraidah binti Ismail dan juga Puan Siti Norbaya binti Othman @ Ibrahim. TAHNIAH buat semua guru-guru SK Losong. Semoga akan bertambah lagi usaha untuk menjayakan PROGRAM TRANSFORMASI khususnya.






Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan untuk minggu ini ialah :

1.21 Februari 2016 : 

  • Program Pelancaran NILAM (8.00 pagi -10.00 pagi)
  • Taklimat perarakan kokurikulum kepada PK KO, S/U KOKU dan AJK Badan Beruniform.(10.30 pagi - 11.00 pagi)  
  • Mesyuarat Pentadbir Sekolah  (11.30 pagi)
  • Majlis Perpisahan dengan Puan Faridah Binti Sulaiman (1.00 petang -1.45 petang )
  • Taklimat Pemurnian Majlis Bantuan Awal Persekolahan (1.45 petang)


2. 22 Februari 2016

  • Taklimat LINUS di bilik Puan Guru Besar (8.00 pagi -8.30 pagi)
  • Program Intervensi LINUS (Penyelaras LINUS, Guru LINUS, Murid LINUS dan Pegawai LINUS PPD KT) di makmal komputer ( 9.00 pagi -12.00 tengah hari).
  • LADAP PAK 21 oleh Puan Mahsuri di makmal komputer (2.00 petang - 4.00 petang).

3. 23 Februari 2016

  • Taklimat perarakan kokurikulum (2.00 petang)
  • Berkumpul di dewan. - berarak ke Surau Losong Haji Su  
  •                                  - gotong-royong                        
  • Berarak pulang (4.00 petang)

4. 24 Februari 2016

  • Persiapan sempena Mesyuarat Agong PIBG
  • Kemas kini Papan Kenyataan
  • Persiapan Pondok PIBG
  • Persiapan bantuan awal persekolahan
5. 25 Februari 2016
  • Persiapan akhir Mesyuarat Agong PIBG dan Bantuan Awal Persekolahan





No comments: