Pada 21-23 Julai 2011, perkhemahan Pengakap Kanak-Kanak SK Losong telah diadakan di kawasan Sekolah Kebangsaan Losong. Perkhemahan selama 2 hari 3 malam ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pengakap sekolah ini mendapatkan lencana Keris Emas, Perak dan Gangsa. Perkhemahan ini juga dapat melatih murid-murid yang terlibat dengan berbagai kemahiran ikhtiar hidup. Para peserta perkhemahan ini adalah terdiri ahli Pengakap Kanak-Kanak SK Losong, Tahun 4 dan 5. 27 orang murid telah menyahut cabaran perkhemahan ini.
Semasa perkhemahan ini murid-murid yang menyertai telah menerima latihan memasang khemah, berkawat, ikatan, pertolongan cemas, isyarat sulit, memanggang roti lilit dan kembara malam. Pada waktu subuh pula, murid-murid didedahkan dengan aktiviti Qiamullai dan juga solat berjemaah 5 waktu.
Selain dari itu, satu ekspedisi berbasikal ke Pulau Sekati juga telah diadakan pada hari kedua perkhemahan. Ekspedisi berbasikal ini adalah yang paling mencabar bagi para peserta kerana selain berbasikal, para peserta juga berjalan kaki mengelilingi pulau. Semasa berada di pulau tersebut, para peserta telah menunaikan solat Asar berjemaah dengan imam dan penduduk kampung Pulau Sekati. Satu perlawanan bolasepak pantai dengan kanak-kanak Pulau Sekati juga telah telah diadakan.
Pekhemahan ini telah juga dibantu oleh sekumpulan Pengakap Kelana dalam memberikan ilmu-ilmu kemahiran berpengakap. Komitmen yang diberikan oleh Pengakap Kelana ini sungguh baik dan tip top. Terima kasih kami ucapkan di atas usaha dan bakti yang telah anda berikan.
Sunday, July 24, 2011
Saturday, July 02, 2011
Larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia
|
Tepat pada 7:45 pagi, 2 Julai 2011, para pelajar, guru-guru dan wakil PIBG Sekolah Kebangsaan Losong telah mengikuti program 1M 1S 1M yang telah dijalankan serentak seluruh Malaysia. Program larian ini diadakan sempena Perasmian Program 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Larian ini juga bertujuan untuk mencatatkan rekod dalam Malaysian Book of Record sebagai larian yang mendapat penyertaan paling ramai dan dilepaskan secara serentak seluruh Malaysia.
Alahamdullilah larian berakhir pada pukul 9.00 pagi dan disambung dengan acara mewarna, melukis dan sambutan Israk Mikraj.
Subscribe to:
Posts (Atom)