Monday, September 28, 2009
Makluman
Hari: Khamis (1 Oktober 2009)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Bestari SK Losong.
Thursday, September 17, 2009
Wednesday, September 09, 2009
Sesi Persekolahan 2010
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Sesi persekolahan tahun depan akan bermula pada 3 Januari bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, dan negeri-negeri lain pula pada hari berikutnya iaitu 4 Jan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata cuti penggal pertama pula akan bermula dari 12 hingga 20 Mac bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, sementara bagi negeri lain pada 13 hingga 21 Mac.
"Sementara itu cuti pertengahan tahun pula bermula dari 4 hingga 19 Jun bagi ketiga-tiga negeri itu, dan negeri lain bermula pada 5 hingga 20 Jun," katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini pada Selasa.
Beliau berkata cuti penggal kedua pula akan bermula dari 3 hingga 11 Sept, dan cuti akhir tahun dari 19 November hingga 1 Jan 2011 bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sementara bagi negeri-negeri lain, cuti penggal penggal kedua akan bermula pada 4 hingga 12 Sept, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2011," katanya.
Alimuddin berkata jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah 210 hari, manakala jumlah cuti penggal 78 hari.
BERNAMA
Penggal | Cuti Dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Bil. Minggu | Bil. Hari |
1 | Hari Persekolahan | 03.01.2010 | 11.03.2010 | 10 | 50 |
Cuti Pertengahan Penggal | 12.03.2010 | 20.03.2010 | - | 9 | |
Hari Persekolahan | 21.03.2010 | 03.06.2010 | 11 | 55 | |
Cuti Pertengahan Penggal | 04.06.2010 | 19.06.2010 | - | 16 | |
2 | Hari Persekolahan | 20.06.2010 | 02.09.2010 | 11 | 55 |
Cuti Pertengahan Penggal | 03.09.2010 | 11.09.2010 | - | 9 | |
Hari Persekolahan | 12.09.2010 | 18.11.2010 | 10 | 50 | |
Cuti Akhir Tahun | 19.11.2010 | 01.01.2011 | - | 44 | |
JUMLAH | 42 | 288 |
Tuesday, September 08, 2009
Selamat Menduduki Peperiksaaan UPSR
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Dua calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) masing-masing dari Johor dan Pulau Pinang, yang mempunyai gejala jangkitan Influenza A (H1N1), bakal menduduki peperiksaan itu di hospital di negeri berkenaan, serentak dengan 517,906 calon lain di seluruh negara.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata beberapa petugas peperiksaan akan ditempatkan di hospital yang menempatkan murid berkenaan ketika mereka menduduki peperiksaan itu.
Beliau berkata persediaan untuk dua calon itu adalah antara langkah diambil Kementerian Pelajaran bagi mengawal penularan Influenza A (H1N1) di kalangan calon yang menduduki UPSR tahun ini di 8,289 pusat peperiksaan seluruh negara.
Selain itu, Kementerian Pelajaran memperuntukkan kira-kira RM5 juta untuk menyediakan kelengkapan seperti topeng mulut dan hidung, cecair pembasmi kuman tangan dan alat jangkasuhu untuk calon UPSR sebelum mereka menduduki peperiksaan itu, katanya kepada Bernama di sini, Isnin.
Beliau berkata bilik pengasingan juga disediakan di setiap pusat peperiksaan dan calon yang dikenal pasti mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius ketika saringan, perlu menduduki peperiksaan di bilik berkenaan.
"Bilik pengasingan itu jauh dari dewan utama peperiksaan dan mereka akan diawasi oleh beberapa petugas," katanya.
Alimuddin berkata seramai 32,944 petugas peperiksaan ditempatkan di pusat peperiksaan tahun ini.
Seramai 517,908 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan UPSR mulai esok hingga Khamis ini di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, seramai 510,125 atau 98.5 peratus adalah calon sekolah di bawah kementerian dan sekolah bantuan kerajaan manakala bakinya 7,783 atau 1.5 peratus ialah calon sekolah swasta.
BERNAMA