Lawatan Sambil Belajar 2010 (Lasbela) telah diadakan ke Penang pada 20 -23 April 2010. Perjalanan bermula jam 9.30 malam dari SK Losong melalui Lebuh Raya Timur Barat tiba di Masjid Seberang Jaya jam 5.00 pagi. Lawatan pertama ke Taman Burung Pulau Pinang, kemudian perjalanan diteruskan ke Galeri Tuanku Fauziah, USM.
Di Taman Burung Pulau Pinang
Di Galeri Tuanku Fauziah USM
Lawatan ketiga diteruskan ke Rumah Kelahiran P. Ramlee di Jalan P. Ramlee berhampiran Stadium Bandaraya. Ia merupakan rumah kayu yang baru dibina semula bagi memperingati P. Ramlee iaitu penghibur terkemuka di Malaysia suatu masa dahulu. Ia asalnya dibina oleh bapa dan bapa saudara beliau pada tahun 1926.
Rumah P Ramlee
Makan malam tajaan Komuniti Bestari Jln. Makloom
Hari Kedua (22.04.2010)
Ke Pasar Chowrasta untuk membeli jeruk terutamanya buah pala yang sememangnya popular di Pulau Pinang. Selepas itu kami dibawa melawat ke Muzium Pulau Pinang, di sini kami didedahkan dengan sejarah Pulau Pinang dengan melihat pelbagai pameran yang disediakan. Muzium yang dibina pada tahun 1821 ini terdapat banyak gambar-gambar lama, carta dan barangan tinggalan sejarah. Di sana juga terdapat senjata melayu seperti keris dan juga perabot masyarakat Cina. Selepas melawat Muzium Pulau Pinang kami dibawa pula ke FortCornwallis untuk melihat kesan-kesan sejarah peninggalan penjajah di Pulau Mutiara itu. Kota ini dibina di atas tempat pendaratan Francis Light di Pulau Pinang pada tahun 1786. Menjelang tengah hari kami balik ke tempat penginapan di Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang.
Muzium Pulau Pinang
Fort Cornwallis
Pada sebelah petang kami ke Taman Rama-rama di Batu Feringgi. Taman ini berkeluasan 0.8 hektar dan dihuni oleh 3000 spesimen daripada 50 spesis rama-rama pelbagai warna, katak, kala jengking dan lain-lain serangga. Keluar dari Taman Rama-rama kami berehat sebentar di Taman Rimba Telok Bahang bersebelahan dengan Empangan Telok Bahang sebelum ke Pasar Malam di Batu Feringgi.
Hari Ketiga (23.04.2010)
Di atas feri
Jam 9.00 pagi kami berada di Lorong Kulit bersebelahan Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Pelbagai barangan boleh didapati di sini daripada yang bari sehinggalah kepada barangan terpakai. Jam 10.30 kami meninggalkan lokasi menuju ke Jeti untuk menaiki feri ke Seberang Prai. Di Seberang Prai kami menuju ke Kepala Batas untuk menikmati makan tengah hari yang ditaja oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas. Kami disambut oleh Dato’ Hj. Abu Bakar bin Yahya yang merupakan Pembantu Khas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kami meninggalkan Kepala Batas jam 1.00 tengah hari dan menuju balik ke Kuala Terengganu.
Terima kasih daun keladi
Perjalanan berliku merentasi Banjaran Titiwangsa melalui Lebuh Raya Timur Barat dan tiba di SK Losong jam 10.40 malam mengakhiri lawatan kami selama 4 hari 3 malam.
No comments:
Post a Comment