Wednesday, November 26, 2014

Tahniah

26.11.2014- keputusan rasmi UPSR 2014 telah diumumkan. Tahniah kepada semua calon... Yang berjaya...teruskan kejayaan... yang kurang bernasib baik...usaha dan terus usaha... jangan putus asa. Doa kami warga sk losong semoga kalian semua berjaya dunia dan akhirat... syabas da tahniah kepada semua warga sk losong.

Friday, November 21, 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU DAN KAKITANGAN

Tarikh : 20.11.2014 Tempat : Restoran Matahari, K.Trg Jemputan : Semua Guru, Guru KAFA dan Kakitangan Sokongan dan Swasta SK Losong, Mantan Gpk 1 - En. Suhaimi Embong dan En Ismail Abdullah serta Ustaz Omar Ibrahim. Terima kasih kepada semua. SELAMAT BERCUTI... Semoga bersua lagi di sesi 2015 nanti...

Wednesday, November 19, 2014

TAKLIMAT PENGAWAS DISIPLIN SEKOLAH SESI 2015

19.11.2014- Satu sesi taklimat kepada barisan pengawas disiplin sekolah telah diadakan di Dewan Bestari Sekolah ini. Taklimat ini telah disampaikan oleh GPK HEM Puan Wan Zaimun Haliza bt Abd Rahman dan telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Pn. Hajah Naziah bt Hassan. Semoga dapat memperkasakan lagi Unit Disiplin dari masa ke semasa. Terima kasih kepada semua. Doa kami semoga anak-anak ini berjaya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berjaya. Syabas dan tahniah.

Tuesday, November 18, 2014

CAKNA WARIS MURID LINUS

18.11.2014- Program cakna waris murid linus telah diadakan di bilik gerakan sekolah. Dipengerusikan oleh Puan Guru Besar. Bertujuan memberi penerangan dan pemuafakatan dalam mensasarkan sifar linus. Terima kasih kepada ibubapa yang meluanfkan masa bersama pihak sekolah.

Monday, November 17, 2014

KEM MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH 2014

4-6.11.2015, PSS dengan kerjasama Panitia Bahasa, Panitia Agama Islam/Jawi telah mengadakan kem tersebut. Pelbagai acara telah diadakan oleh Panitia-panitia seperti pertandingan bercerita, kuiz, story telling, puzzle, kem bestari solat dan sebagainya. Kerjasama semua pihak amatlah dihargai.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK LOSONG 2014

17.11.2014 - Hari Anugerah Kecemerlangan Peringkat SK Losong 2014 telah diadakan. Tujuan untuk memberi penghargaan diatas pencapaian murid-murid sekolah ini.Pelbagai kategori disediakan seperti kedudukan terbaik dalam kelas, mata pelajaran terbaik, hadiah terbaik kafa, hadiah galakan kehadiran penuh, hadiah galakan intervensi, anugerah khas nilam, anugerah cemerlang akademik, anugerah cemerlang kokurikulum dan anugerah tokoh murid. Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Johari, Pegawai SISC, PPDKT. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.