Wednesday, October 30, 2013

TAHZIAH

30.10.2013, kami warga sekolah dikejutkan dengan berita kematian suami kepada PN. Naziah Hassan, guru besar kami. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahziah kepada puan guru besar dan keluarga. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. A-Fatihah.

Thursday, October 24, 2013

Program PASCA UPSR @ Bulan Bahasa Kebangsaan

Oktober kini hampir melabuhkan tirainya... Namun sempena dengan sambutan bulan bahasa kebangsaan, pelbagai acara berkaiatn diadakan unuk mengisi slot pasca UPSR. Antara aktivitinya adalah pertandingan pidato, bercerita bahasa inggeris dan bahasa melayu, bacaan puisi dalam dwibahasa, lakonan dan seumpamanya.

Wednesday, October 23, 2013

LAWATAN BERMAKLUMAT KE GAMBANG KUANTAN

23.10.13 - sekolah kami telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Taman Air Bukit Gambang. Seramai 51 pelajar telah menyertainya dengan diiringi oleh En. Suhaimi Embong, En. Sukri Abdullah, En. shahrun Aziz, Pn. Roslezah Hussin dan Pn Nor Isoura Mohd Nor. Kami selamat tiba pada jam 11.45 pg. Cuaca baik dan menjadikan kami semua selesa. Pelbagai tempat di sini telah kami terokai. Kami sangat gembira. Terima kasih semua./AAAAAAAABPs/eKD0zNaqey4/s320/20131023_140428.jpg" />

Monday, October 14, 2013

LADAP GURU

8.10.2013 - Semua guru SK Losong telah mengikuti LADAP bertempat di Makmal Komputer Sekolah. Penceramah adalah Pn.Hajah Naziah bt Hassan, guru besar sekolah dengan dibantu oleh GPK 1, En. Mohd Suhaimi Embong. Intipati kursus berkaitan Penilaian Prestasi, Sarana dan Program Guru Penyayang.

Tuesday, October 08, 2013

Pasca UPSR lagi dan lagi.....

pelbagai program telah diatur dalam merealisasikan murid selaras dengan kehendak PPPM.