Wednesday, April 21, 2010

Lawatan Sambil Belajar Ke Penang

Lawatan Sambil Belajar 2010 (Lasbela) telah diadakan ke Penang pada 20 -23 April 2010. Perjalanan bermula jam 9.30 malam dari SK Losong melalui Lebuh Raya Timur Barat tiba di Masjid Seberang Jaya jam 5.00 pagi. Lawatan pertama ke Taman Burung Pulau Pinang, kemudian perjalanan diteruskan ke Galeri Tuanku Fauziah, USM.


Di Taman Burung Pulau Pinang

Di Galeri Tuanku Fauziah USM

Lawatan ketiga diteruskan ke Rumah Kelahiran P. Ramlee di Jalan P. Ramlee berhampiran Stadium Bandaraya. Ia merupakan rumah kayu yang baru dibina semula bagi memperingati P. Ramlee iaitu penghibur terkemuka di Malaysia suatu masa dahulu. Ia asalnya dibina oleh bapa dan bapa saudara beliau pada tahun 1926.

Rumah P Ramlee

Makan malam tajaan Komuniti Bestari Jln. Makloom

Hari Kedua (22.04.2010)


Ke Pasar Chowrasta untuk membeli jeruk terutamanya buah pala yang sememangnya popular di Pulau Pinang. Selepas itu kami dibawa melawat ke Muzium Pulau Pinang, di sini kami didedahkan dengan sejarah Pulau Pinang dengan melihat pelbagai pameran yang disediakan. Muzium yang dibina pada tahun 1821 ini terdapat banyak gambar-gambar lama, carta dan barangan tinggalan sejarah. Di sana juga terdapat senjata melayu seperti keris dan juga perabot masyarakat Cina. Selepas melawat Muzium Pulau Pinang kami dibawa pula ke Fort Cornwallis untuk melihat kesan-kesan sejarah peninggalan penjajah di Pulau Mutiara itu. Kota ini dibina di atas tempat pendaratan Francis Light di Pulau Pinang pada tahun 1786. Menjelang tengah hari kami balik ke tempat penginapan di Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang.


Muzium Pulau Pinang


Fort Cornwallis



Pada sebelah petang kami ke Taman Rama-rama di Batu Feringgi. Taman ini berkeluasan 0.8 hektar dan dihuni oleh 3000 spesimen daripada 50 spesis rama-rama pelbagai warna, katak, kala jengking dan lain-lain serangga. Keluar dari Taman Rama-rama kami berehat sebentar di Taman Rimba Telok Bahang bersebelahan dengan Empangan Telok Bahang sebelum ke Pasar Malam di Batu Feringgi.


Hari Ketiga (23.04.2010)

Di atas feri

Jam 9.00 pagi kami berada di Lorong Kulit bersebelahan Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Pelbagai barangan boleh didapati di sini daripada yang bari sehinggalah kepada barangan terpakai. Jam 10.30 kami meninggalkan lokasi menuju ke Jeti untuk menaiki feri ke Seberang Prai. Di Seberang Prai kami menuju ke Kepala Batas untuk menikmati makan tengah hari yang ditaja oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas. Kami disambut oleh Dato’ Hj. Abu Bakar bin Yahya yang merupakan Pembantu Khas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kami meninggalkan Kepala Batas jam 1.00 tengah hari dan menuju balik ke Kuala Terengganu.
Terima kasih daun keladi

Perjalanan berliku merentasi Banjaran Titiwangsa melalui Lebuh Raya Timur Barat dan tiba di SK Losong jam 10.40 malam mengakhiri lawatan kami selama 4 hari 3 malam.

Wednesday, April 14, 2010

Gosok Gigi

Begini caranya adik-adik...

Tengok saya buat ni....

Dah siap, misi...

Teknik menggosok gigi dengan betul telah diadakan di SK Losong pada 14 April 2010 oleh Klinik Pergigian Bergerak Jalan Air Jernih Kuala Terengganu. Acara yang diadakan itu melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6.

Sunday, April 11, 2010

Kelas Kondusif Mac 2010

Pertandingan Kelas Kondusif 2010 bermula pada bulan Mac dengan Tahun 1A muncul juara tahap 1 manakala Tahun 5A muncul juara bagi tahap 2. Berikut adalah gambar-gambar kelas mereka;

Tahun 5 Amanah



Tahun 1 Amanah

Thursday, April 08, 2010

Jeruk

Tengok saya buat ni...

Potong bawang ke potong pelam ni cikgu?

Potong camni haaa....


Rabu, 7 April, aktiviti Panitia Sains iaitu Projek Penjerukan Buah Mangga telah diadakan di Dewan Bestari SK Losong yang melibatkan semua murid Tahun 6. Projek yang dilakukan di bawah pemantauan 2 orang guru Panitia Sains iaitu Pn. Aniza Ibrahim dan Cik Noraiza Ibrahim.

Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada sukatan mata pelajaran Sains Tahun 6 dan turut melibatkan Penilaian Kemahiran Sains (PEKA) juga merupakan aktiviti tahunan Panitia Sains. Aktiviti ini menerapkan pelbagai kemahiran seperti Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Manipulatif Sains (KMS). Diharapkan projek ini akan memberi manfaat kepada semua pelajar tahun 6.

Wednesday, April 07, 2010

Kejohanan Ping Pong MSSD KTS


SK Losong telah menyertai Kejohanan Ping Pong MSSD KTS 2010 yang berlangsung selama 3 hari pada 4 - 6 April 2010. SK Losong menghantar 4 orang pemain pada kejohanan yang berlangsung di SKSS II Kuala Terengganu itu. Seorang pemain SK Losong, Ridhuan Muslim telah berjaya melangkah kaki sehingga ke peringkat suku akhir kejohanan yang berlangsung pada hari ketiga kejohanan namun tewas kepada pemain dari SJKC Chung Hwa Wei Sin.

Tahniah kepada Ridhuan Muslim kerana telah membawa SK Losong sehingga ke peringkat suku akhir...

Sunday, April 04, 2010

Jamuan Perpisahan

Tinggal Kenangan....

Satu majlis jamuan perpisahan telah diadakan di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu. Majlis tersebut diadakan sempena pertukaran bekas Guru Besar SK Losong, Pn. Norlela bt Yusoff yang bertukar ke SK Seri Nilam Kuala Terengganu diadakan jam 3.00 petang yang disertai oleh semua guru dan kaki tangan SK Losong. Majlis anjuran Kelab Guru SKL itu turut disertai oleh YDP pibg serta beberapa orang ajk PIBG SK Losong.

Dalam ucapan YDP pada majlis tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pn. Norlela yang telah banyak membawa perubahan kepada SK Losong sama ada perubahan fizikal sekolah dan juga perubahan dalam pencapaian akademik murid-murid. Beliau juga mengucapkan syabas kepada Pn. Norlela kerana pada tahun terakhirnya bersama SK Losong, pencapaian UPSR sekolah telah mencipta satu rekod baru apabila 16 orang murid mendapat 5A.

Sementara itu, Pn. Norlela dalam ucapan perpisahan mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf kerana dengan sokongan semua, SK Losong mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau menyifatkan perkhidmatannya selama 5 tahun di SK Losong sebagai 5 tahun yang amat bermakna dan beliau terasa amat berat untuk meninggalkan SK Losong. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PIBG yang sentiasa memberikan kerjasama yang erat dalam melaksanakan setiap program yang dirancangkan oleh pihak sekolah.

Buat Pn. Norlela...... sayonara.....